ØDiperkenalkan di tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor.
Ø
ØPerjanjian Pangkor ialah permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran.
Ø
ØJawatan Residen ialah satu strategi menjaga kepentingan dari sudut ekonomi untuk memastikan usaha memonopoli hasil dagangan utama berjalan dengan lancar.
Ø
ØPelantikan Residen merupakan strategi British untuk mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris dan mengawal pentadbiran negeri di Tanah Melayu.
Kemasukan Residen untuk membantu Sultan dan pembesar bagi mewujudkan keamanan akibat masalah seperti :
i.Perang saudara antara pembesar dalam perebutan takhta dan kawasan
ii.Pergaduhan antara kongsi gelap
iii.Kegiatan lanun di Selat Melaka
●
Ø Peranan Residen : penasihat sultan dalam urusan
pentadbiran
Ø Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri dan masalah yang dihadapi orang melayu.
ØAntara
perubahan yang berlaku disebabkan pelaksanaan sistem residen :
i.Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka.
ii.Sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah.
iii.Pungutan cukai dan hasil negeri diambil alih oleh British.
iv.Sistem perhambaan dihapuskan.
v.British membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.
●
ØResiden Inggeris di Tanah Melayu :
i.Perak – J.W.W. Birch
ii.Selangor – J.G. Davidson
iii.Sungai Ujong, Negeri Sembilan – W.I. Tatham
iv.Pahang – J.P. Rodger
v.Negeri Sembilan – Martin Lister
No comments:
Post a Comment