Friday, August 17, 2018

PENEMPATAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH


ØDOL SAID
ØNEGERI SEMBILAN
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Penentangan Dol Said terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan british kepada penduduk Naning membawa kepada Perang Naning 1831 – 1832.



ØSULTAN ABDULLAH , DATO MAHARAJA LELA , DATO SAGOR , PANDAK INDUT , SEPUNTUM
ØPERAK
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Sultan Abdullah dan pembesarnya bermesyuarat secara sulit dan merancang pembunuhan JWW Birch.
Pembunuhan JWW Birch oleh Pandak Indut dan Sepuntum merupakan arahan Dato Maharaja Lela.
Pembunuhan JWW Birch disebabkan pembaharuan yang diperkenalkan British di Perak.


ØDATO BAHAMAN, TOK GAJAH, MAT KILAU
ØPAHANG
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh serta menyerang Kuala Tembeling selepas menawan kubu Jeram Ampai.
Faktor yg mendorong serangan :
i.Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad terhadap British dan Tengku Mahmud.
ii.Perasaan tidak puas hati pembesar terhadap elaun ganti rugi atas kehilangan kuasa.

iii.Perasaan tidak puas hati rakyat kerana dilarang memakai keris bersama baju melayu.




ØHAJI MAT HASSAN BIN MUNAS (TOK JANGGUT)
ØKELANTAN
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Menjalankan kempen menentang peraturan baharu British, melancarkan serangan serta menawan Pasir Putih bersama Engku Besar Jeram atas sebab :
i.Berasa tidak puas hati apabila kehilangan kuasa memungut cukai dan perlu membayar cukai kepada British.
ii.Pengenalan cukai tanah oleh British.
iii.Perasaan anti-British
iv.Kaedah pembayaran cukai yang membebankan.

ØHAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
ØTERENGGANU
ØPERISTIWA PENENTANGAN:
Bersama penduduk membuka tanah dan menebas hutan tanpa kebenaran British
300 - 500 petani membersihkan tanah milik Tengku Nik Maimunah setelah mendapat tahu British akan memberi konsesi tanah kepada saudagar cina
Kebangkitan petani berhimpun untuk mengadap Sultan Terengganu bagi memaklumkan kesusahan mereka.

ØMAT SALLEH , ANTANOM
ØSABAH
ØPERITIWA PENENTANGAN:
Mat Salleh menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) dengan menyerang Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan.
Antanom menentang pihak SBBU dan menyerang Pensiangan serta pejabat pegawai daerah Rundum.

ØRENTAP , SHARIF MASAHOR , DATU PATINGGI HAJI GHAFUR
ØSARAWAK
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Rentap menentang British dengan menyerang kubu Brooke dan membunuh Alan Lee, pegawai pasukan Brooke.
Sharif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghafur  menyerang kubu Brooke dan membunuh 2 orang pegawai British iaitu :
i.Henry Steel
ii.Charles Fox
Sharif Masahor juga menyerang Kuching tetapi ditewaskan oleh Charles Brooke.

No comments:

Post a Comment