Friday, August 17, 2018

PENEMPATAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH


ØDOL SAID
ØNEGERI SEMBILAN
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Penentangan Dol Said terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan british kepada penduduk Naning membawa kepada Perang Naning 1831 – 1832.



ØSULTAN ABDULLAH , DATO MAHARAJA LELA , DATO SAGOR , PANDAK INDUT , SEPUNTUM
ØPERAK
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Sultan Abdullah dan pembesarnya bermesyuarat secara sulit dan merancang pembunuhan JWW Birch.
Pembunuhan JWW Birch oleh Pandak Indut dan Sepuntum merupakan arahan Dato Maharaja Lela.
Pembunuhan JWW Birch disebabkan pembaharuan yang diperkenalkan British di Perak.


ØDATO BAHAMAN, TOK GAJAH, MAT KILAU
ØPAHANG
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh serta menyerang Kuala Tembeling selepas menawan kubu Jeram Ampai.
Faktor yg mendorong serangan :
i.Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad terhadap British dan Tengku Mahmud.
ii.Perasaan tidak puas hati pembesar terhadap elaun ganti rugi atas kehilangan kuasa.

iii.Perasaan tidak puas hati rakyat kerana dilarang memakai keris bersama baju melayu.




ØHAJI MAT HASSAN BIN MUNAS (TOK JANGGUT)
ØKELANTAN
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Menjalankan kempen menentang peraturan baharu British, melancarkan serangan serta menawan Pasir Putih bersama Engku Besar Jeram atas sebab :
i.Berasa tidak puas hati apabila kehilangan kuasa memungut cukai dan perlu membayar cukai kepada British.
ii.Pengenalan cukai tanah oleh British.
iii.Perasaan anti-British
iv.Kaedah pembayaran cukai yang membebankan.

ØHAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
ØTERENGGANU
ØPERISTIWA PENENTANGAN:
Bersama penduduk membuka tanah dan menebas hutan tanpa kebenaran British
300 - 500 petani membersihkan tanah milik Tengku Nik Maimunah setelah mendapat tahu British akan memberi konsesi tanah kepada saudagar cina
Kebangkitan petani berhimpun untuk mengadap Sultan Terengganu bagi memaklumkan kesusahan mereka.

ØMAT SALLEH , ANTANOM
ØSABAH
ØPERITIWA PENENTANGAN:
Mat Salleh menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) dengan menyerang Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan.
Antanom menentang pihak SBBU dan menyerang Pensiangan serta pejabat pegawai daerah Rundum.

ØRENTAP , SHARIF MASAHOR , DATU PATINGGI HAJI GHAFUR
ØSARAWAK
ØPERISTIWA PENENTANGAN :
Rentap menentang British dengan menyerang kubu Brooke dan membunuh Alan Lee, pegawai pasukan Brooke.
Sharif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghafur  menyerang kubu Brooke dan membunuh 2 orang pegawai British iaitu :
i.Henry Steel
ii.Charles Fox
Sharif Masahor juga menyerang Kuching tetapi ditewaskan oleh Charles Brooke.

SISTEM RESIDEN


ØDiperkenalkan di tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor.
Ø
ØPerjanjian Pangkor ialah permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran.
Ø
ØJawatan Residen ialah satu strategi menjaga kepentingan dari sudut ekonomi untuk memastikan usaha memonopoli hasil dagangan utama berjalan dengan lancar.
Ø
ØPelantikan Residen merupakan strategi British untuk mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris dan mengawal pentadbiran negeri di Tanah Melayu.



Kemasukan Residen untuk membantu Sultan dan pembesar bagi mewujudkan keamanan akibat masalah seperti :


i.Perang saudara antara pembesar dalam perebutan takhta dan kawasan
ii.Pergaduhan antara kongsi gelap
iii.Kegiatan lanun di Selat Melaka
Ø Peranan Residen : penasihat sultan dalam urusan  
                                   pentadbiran
Ø Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri dan masalah yang dihadapi orang melayu.

ØAntara perubahan yang berlaku disebabkan pelaksanaan sistem residen :


i.Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar  kehilangan peranan mereka.

ii.Sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah.
iii.Pungutan cukai dan hasil negeri diambil alih oleh British.
iv.Sistem perhambaan dihapuskan.
v.British membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.
ØResiden Inggeris di Tanah Melayu :
i.Perak – J.W.W. Birch
ii.Selangor – J.G. Davidson
iii.Sungai Ujong, Negeri Sembilan – W.I. Tatham
iv.Pahang – J.P. Rodger
v.Negeri Sembilan – Martin Lister

PERLUASAN KUASA


ØSejak punubuhan NNS, British tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
Ø
ØDasar tidak campur tangan disebabkan oleh :
Ø
i.British menghadapi penentangan terhadap pemerintah di India.
ii.Bimbang timbulnya konflik dengan Siam yang mendakwa negeri-negeri Melayu di utara adalah naungannya.
iii.British mempertahankan prinsip berkecuali yang dipersetujui dalam perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
iv.Campur tangan akan meningkatkan kos sekiranya berlaku peperangan.
v.Akta Pitt yang diluluskan di India melarang pegawai British untuk campur tangan.
Ø  British terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan.
ØPeristiwa yang menyebabkan campur tangan British secara tidak langsung :
i.Perebutan takhta kesultanan Johor antara Tengku Husain dan adiknya Tengku Abdul Rahman.
ii.Penentangan Penghulu Naning iaitu Dol Said tehadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas penduduk Naning.
iii.Perjanjian Burney ditandatangani pihak British dengan Siam membenarkan pedagang British menjalankan urusannya tanpa ancaman Siam.
iv.Kapal perang British membedil kubu pertahanan di Kuala Terengganu bagi menyekat kemaraan Siam.
British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran selepas perjanjian pangkor.

ØSebab-sebab campur tangan British :
i.Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah
ii.Kekayaan hasil bumi
iii.Bimbang campur tangan kuasa Eropah yang lain
iv.Pembukaan Terusan Suez
v.Perubahan politik dan dasar kerajaan Britain

vi.Desakan golongan pedagang